7 Perkara dalam Hidup Kamu

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.




.
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.
.
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.
.
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.
.
5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.
.
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
.
7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.
.
Ketahuilah.. hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
.
Maka senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu. Bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yang fana ini.
.
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.
.
(Manfaatkanlah masa yang mulia ini, sebelum kesempatan berlalu pergi. (mrd)

0 Response to "7 Perkara dalam Hidup Kamu"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel